Wednesday, May 14, 2008

Memori Pertama

Tadika Seri Pagi Lestari (TSPL) mula didaftarkan pada tahun 2005 dan beroperasi di sebuah rumah teres satu tingkat di Seksyen 7, Taman Lestari Putra. Pada waktu itu kami merasakan sebuah institusi tadika perlu disediakan untuk dimanfaatkan oleh kanak-kanak sekitar memandangkan kawasan tersebut merupakan sebuah penempatan yang baru dibuka. Kami bermula dengan 3 tenaga kerja iaitu Teacher Siti (saya la tu...), Teacher Nora (Principal) dan Teacher Thana. Alhamdulillah sambutan ibubapa berhampiran tadika tersebut amatlah menggalakkan sehingga kami mempunyai 33 orang anak untuk sesi persekolah tahun tersebut.

(Inilah lokasi pertama kami)

Berbekalkan sekelumit pengalaman mendidik dan mengasuh kanak-kanak tadika, kami menyediakan sistem pembelajaran kami sendiri namun masih menjadikan Kurikulum Pra-Sekolah Kebangsaan sebagai rujukan. Kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif serta memberikan tumpuan kepada pembelajaran anak secara individu. Hampir setiap hari selepas sesi persekolahan selesai, semua cikgu berbincang tentang kekuatan dan kelemahan setiap anak supaya pendekatan bersesuaian dapat diambil dengan segera. Ini untuk memastikan kanak-kanak tidak berasa ketinggalan sesama rakan mereka.

(Penumpuan khusus diberikan oleh tenaga pengajar)

(Penumpuan Khusus diberikan di samping mendidik anak melalui keriangan)

Kami mencurahkan khidmat kepada kanak-kanak di kawasan berhampiran untuk tempoh lebih kurang 2 tahun. Pada pertengahan tahun 2007, pihak pengurusan TSPL telah memutuskan supaya lokasi kami dipindahkan ke rumah 2 tingkat di kawasan berhampiran. Ini adalah untuk menyediakan ruang yang lebih selesa kepada kanak-kanak di tadika kami yang kini telah mencecah 50 orang. Maka mulai sesi persekolahan 2008, kami telah memulakan perkhidmatan kami di Seksyen 6 taman yang sama. Banyak kenangan yang terpahat di lokasi lama tadika kami yang kami abadikan dalam sanubari kami...

Hi there.... Here we come!

Assalamualaikum & A very pleasent day to you.
You are most welcome to surf through our this humble blog since we are yet to have our own website. At last, we are able to have this forum for all clients (at the moment is parents to our kindergarten children) to get brief information as of our programmes and achievements. We are also welcome for any suggestions and comments not only for the benefit our children but the most important we may use those as guideline to enhance our services.
At the moment, our business is concentrating on providing early educational services for children aged 4 to 6 years old. Our enterprise is registered with the Registrar of Businesses and Ministry of Education since 2005. We started with 33 students and now we are cater early childhood education for 53 students with 6 teachers. We are hoping to still get you kind support in delivering our service.
Thank you.
- Director -

TADIKA SERI PAGI LESTARI (SA0026925-P)


No.2, Jalan LEP 6/15, Seksyen 6, Taman Lestari Putra, 47110 Bandar Putra Permai, Selangor Darul Ehsan

* Teacher Nora : 019-2576882/Teacher Siti: 013-2352426/Teacher Syam: 012-9146672

Enquiry : Please e-mail to us tspl_05@yahoo.com